Sunday 5 April 2009

SJ005: Bolehkah manusia melihat makhluk halus?

Soalan

Kita percaya wujudnya makhluk seperti yang disebut dalam al-Quran, seperti Jibrail, Jin, Syaitan dan sebagainya. Saya musykil, mereka ini makhluk halus, mereka wujud dan boleh melihat manusia, tetapi manusia tidak boleh melihat mereka. Benarkah dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka (manusia) dapat melihat makhluk halus ini dengan mata kepala mereka sendiri. Makhluk itu berupa manusia yang menakutkan atau berupa binatang? Saya mohon penjelasan.

ABU BAKAR HASHIM
Dengkil, Selangor


Jawapan

Ayat al-Quran yang saudara maksudkan memang wujud. Dalam Surah al-A'raf ayat 27, Allah mengisahkan (mafhumnya), ".....Bahawa mereka itu (makhluk halus) boleh melihat kamu, sedangkan kamu tidak boleh melihat mereka....."

Kebiasaannya mereka (makhluk halus) dapat melihat kamu manusia, sedangkan manusia tidak boleh melihat mereka dalam keadaan rupa mereka yang asal.
Namun apabila makhluk ini telah menyerupai rupa-rupa yang Allah izinkan, maka mereka boleh menyerupai makhluk tertentu, dan ketika itu manusia boleh melihat mereka.

Bukti jelas dalam al-Quran yang mengisahkan bahawa mereka (makhluk halus) boleh menyerupai manusia. Disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 48 (mafhumnya), "Dan ketika syaitan menjadikan manusia memandang elok dan baik pekerjaan mereka, dan mengatakan tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini (perang Badar) dan sesungguhnya aku pelindung kamu sekelian. Tatkala kedua pasukan telah berhadap-hadapan untuk berperang, (syaitan) dia cabut lari seraya berkata 'sesungguhnya kami berlepas diri daripada kalian, sesungguhnya kami dapat melihat apa yang kalian tidak dapat lihat'. Sesungguhnya kami sangat takut kepada Allah dan Allah amat dahsyat seksaan-Nya."

Tafsir al-Qurtubi sebagai contoh, Musyirikin dalam perang Badar yang gentar untuk memerangi tentera Islam, tiba-tiba muncul di hadapan mereka, satu pasukan peperangan yang diketuai oleh Suraqah bin Malik bin Ju'ashum. Suraqah memang dikenali, beliau dari suku Bani Bakr. Beliau dengan tenteranya amat ditakuti oleh Quraisy kerana latar belakang permusuhan mereka dengan Bani Bakr ini.

Bila Suraqah menjanjikan untuk membantu mereka mengalahkan tentera Islam, maka tentera kuffar menjadi lebih berani. Peperangan bermula, tetapi Suraqah dan kuncu-kuncunya cabut lari. Akhirnya kuffar ditewaskan oleh tentera Islam.

Sahih daripada ayat ini ditafsikan dengan muktabar bahawa, yang berkata-kata dengan tentera kuffar adalah syaitan yang menyerupai manusia secara khusus seperti Suraqah bin Malik.

Dalam Surah al-Anfaal ayat 30 (mafhumnya), "Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir mengaturkan satu tipu helah jahat untuk mencelakakan engkau (Muhammad), menangkap ,atau membunuh kamu atau mengusir kamu. Mereka membuat perencanaan dan Allah membuat rencana pula, tetapi Allah Perencana yang terbaik."

Tafsir Annasafi juzuk 9 halaman 199, mencatatkan peristiwa kuffar mengadakan satu pertemuan di Darun Nadwah untuk memutuskan perihal Muhammad, ketika pembesar Quraisy hendak bermesyuarat, mereka ditemui oleh seorang pemimpin daripada puak Najdi, atau Syaikhu Najdi datang khusus untuk menyertai mereka memberi pandangan, Quraisy Makkah membenarkan Syaikhu Najdi turut sama dalam mesyuarat mereka yang berakhir dengan keputusan untuk membunuh Nabi Muhammad.

Syaikhu Najdi ini sebenarnya adalah Iblis laknatullah yang menyamar.

Rasulullah s.a.w sendiri pernah pergi berdakwah di kalangan makhluk jin. Sahabat seperi Abu Hurairah r.a pernah menangkap syaitan yang menganggu dan mencuri barang makanan yang dijaga dalam simpanan Baitul Mal. Ammar bin Yasir pernah berhadapan dan bertarung dengan makhluk halus ini.

Semua ini membuktikan bahawa makhluk halus memang boleh menyerupai berbagai rupa. Tetapi mereka tidak mudah sesukahati hendak berupa sedemikian disebabkan ia boleh menimbulkan ketidaktenteraman di kalangan manusia, kerana Allah mengawal manusia dengan rahmat-Nya.


darussyifaonline.org.my

Thursday 18 September 2008

tahlil arwah

Tahlil arwah:

Pertama: Amalan tahlil merupakan amalan yang baik dan berpahala kerana ia dipenuhi dengan zikir dan bacaan ayat-ayat al-Quran. Setiap huruf dan ayat al-Quran yang dibaca akan diberikan pahala oleh Allah sebagaimana sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

Selain itu, Rasulullah bersabda bermaksud: Barang siapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda, dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad)

Jadi pahala daripada amalan dan doa dalam tahlil akan sampai kepada si mati dan dapat memberi manfaat kepadanya. Dalam kitab Fatawa Syar'iyah karangan As-Syeikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Mesir, dinukilkan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: “Bahawasanya mayat itu mendapat manfaat daripada seluruh ibadat badan seperti solat, puasa dan bacaan sebagaimana dapat manfaat daripada ibadat harta seperti sedekah dan seumpamanya.” Oleh itu kita boleh menghadiri majlis tahlil dan ia tidak dikatakan sebagai bidaah.

Kedua: Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunah, lebih-lebih lagi apabila ia diyakini mendapat ganjaran tertentu apabila dilakukan pada hari-hari tertentu.

HUKUM mengadakan majlis tahlil adalah harus, asalkan tidak mengambil harta si-mati tanpa hak. Keluarga si-mati pula tidak dibebankan dengan bayaran yang tinggi.

Sementara jiran tetangga boleh membantu keluarga si-mati dengan menyediakan makanan untuk tetamu yang majlis berkenaan.

Mengenai hadis 'terputus amalan si-mati kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan' adalah benar.

Bagaimanapun, ia tidak menafikan doa orang lain yang mendoakan kepada kesejahteraan roh si-mati, lebih-lebih apabila ia datang atas usaha anak atau keluarga si-mati.

Dalam al-Quran sendiri Allah menyarankan agar kita berdoa kepada orang yang sudah kembali lebih awal daripada kita seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.” (al-Hasyr:10).

Monday 19 May 2008

mesyuarat e-bahan pqs btp capitol hotel KL

mesyuarat ebahan pqs dan psi btp telah diadadkan pada 16 hingga 18 mei 2008 di capitol hotel KL. semua penilai hadir dan telah bermesyuarat dari jam 8.30 pagi gingga 10 malam dan telah siap semua kerja dengan jayanya.
selamat berjaya dan jumpa lagi


jersey baru untyuk ditempah harga sekitar RM 500 satu set ( 16 helai)

Wednesday 14 May 2008

contoh surat perlantikan pentaksir sekolah

SMK AGAMA KERIAN
JALAN KAMPONG SELAMAT,
34400 SIMPANG EMPAT SEMANGGOL.
PERAK
Kod sekolah : ARA 166
Tel Pejabat : 05-8904997
Tel Pengetua :
No. Fax : 05-890
No. Emel : S

________________________________________________________________________

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SMKAK(K) 06/06/001(01)
Tarikh : 22 April 2007
23 Rabiul Akhir 1427


En. Mohd Alawi bin Abdul Kudus


Tuan,

PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH ( PLBS ) 2007
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
PERLANTIKAN SEBAGAI PENTAKSIR SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuki.

2. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah dilantik sebagai Pentaksir Sekolah bagi Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah ( PLBS ) PQS tahun 2007.

3. Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian tuan menerima perlantikan ini.

4. Semuga tuan dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah ini dengan penuh cemerlang.

Kerjasama tuan terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

Sekian.

‘ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ‘

Saya yang menurut perintah,


( TUAN HJ HAMZAH B MD SALLEH )
Pengetua,




sumber inspirasi daerah kerian. mampu 100% dalam semua aspek

Tuesday 13 May 2008

plbs pqs

1.0 OBJEKTIF

Memastikan penyelaras Pentaksiran Berasaskan Sekolah menggunakan manual ini bagi menentukan pemberian markah/skor Pentaksiran Berasaskan Sekolah oleh pentaksir dilakukan mengikut peraturan penskoran yang ditetapkan bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan markah/skor yang diberi.

2.0 SKOP

Penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini merujuk kepada penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di semua sekolah.

3.0 DOKUMEN RUJUKAN

3.1 Arahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
3.2 Buku Peraturan dan Panduan Peperiksaan SPM
3.3 Model 3P – Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan
3.4 Pekeliling Pelaksanaan Penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
3.5 Pekeliling Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah
3.6 Peraturan Pemarkahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

4.0 DEFINISI

4.1 Borang Markah Individu
Satu borang yang diguna pakai untuk merekodkan markah/skor calon yang dinilai oleh pentaksir.

4.2 Borang Markah Kelompok
Satu borang yang diguna pakai untuk merekodkan markah/skor calon yang dikelompokkan.

4.3 Borang Pentaksir Pentaksiran Berasaskan Sekolah Satu borang yang diguna pakai untuk menyenaraikan nama pentaksir Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

4.4 Penyelaras Guru-guru yang dilantik menyelaras Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan diberi kuasa untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan markah/skor Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

4.5 Penyelarasan Satu proses untuk melihat dan memastikan sesuatu markah/skor diberi mengikut skema pemarkahan yang telah ditetapkan.

4.6 Ketua Pentaksir Guru yang dilantik bagi menyelaraskan kerja-kerja penyelaras.

4.7 Pentaksir Guru yang mentaksirkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di peringkat sekolah.

4.8 Jadual Waktu Satu jadual yang menunjukkan hari dan masa sesuatu mata pelajaran diajar di sekolah.

4.9 Sebelum penyelarasan Masa sebelum penyelarasan dilaksanakan di sekolah-sekolah.

4.10 Selepas penyelarasan Masa setelah tamat tempoh penyelarasan di sekolah-sekolah.

4.11 Semasa penyelarasan Masa dalam tempoh penyelarasan berjalan di sekolah-sekolah.


5.0 AKRONIM

5.1 JPN Jabatan Pelajaran Negeri
5.2 K Pan Ketua Panitia
5.3 K Peny Ketua Penyelaras
5.4 KPP BPP Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penilaian dan Peperiksaan.
5.5 KS SPPMALN Ketua Sektor, Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah Atas dan Luar Negeri
5.6 KS SPUA Ketua Sektor, Sektor Pembinaan Ujan Akademik
5.7 KS SPUTV Ketua Sektor, Sektor Pembinaan Ujian Teknik & Vokasional
5.8 KPP UPSPM Ketua Penolong Pengarah, Unit Peperiksaan SPM
5.9 KSPA Ketua Sektor Pengurusan Akademik
5.10 SPP UPP Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan.
5.11 LPM Lembaga Peperiksaan Malaysia
5.12 Peg MP Pegawai Mata Pelajaran
5.13 Pen Pentaksir
5.14 Peny Penyelaras
5.15 Pg Pengetua
5.16 PPD Pejabat Pendidikan Daerah
5.17 PPG Pegawai Pendidikan Gabungan
5.18 PPN Pengarah Pelajaran Negeri
5.19 UPSPM Unit Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia


6.0 PROSEDUR

BIL PROSES TANGGUNGJAWAB
Sebelum Penyelaras
6.1 Menyediakan surat pekeliling pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
KPP UPSPM
6.2 Menghantar surat pekeliling pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah ke JPN.
KPP UPSPM
6.3 Menerima surat pekeliling pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah daripada LPM.
KPP BPP / KS SPP
6.4 Menghantar surat pekeliling pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah ke sekolah.
KPP BPP / KS SPP
6.5 Menerima surat pekeliling pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah daripada JPN.
Pg
6.6 Menerima buku Arahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Peraturan Pemarkahan daripada JPN.
Pg
6.7 Menerima taklimat pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah daripada Pengetua.
Pen
6.8 Menyenaraikan nama pentaksir Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam Borang Pentaksir Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
K Pan
6.9 Menyediakan jadual kerja Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Pen
6.10 Mengesahkan Borang Pentaksir dan jadual kerja Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Pg
6.11 Menghantarkan Borang Pentaksir dan jadual kerja Pentaksiran Berasaskan Sekolah ke UPP JPN.
Pg
6.12 Menerima Borang Pentaksir dan jadual kerja Pentaksiran Berasaskan Sekolah daripada sekolah.
KPP BPP / KS SPP
6.13 Meneliti dan memahami Arahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Peraturan Pemarkahan serta mengenal pasti bahan dan alat untuk pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Pen
6.14 Menilai dan memberi markah/skor calon mengikut skima penskoran yang ditetapkan.
Pen
6.15 Merekodkan markah/skor setiap calon dalam Borang Markah Individu.
Pen
6.16 Mengesahkan Borang Markah Individu yang telah lengkap dengan pemarkahan/penskoran calon.
Pg
6.17 Menyediakan dan menghantar surat tentang pelaksanaan penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
KPP UPSPM
6.18 Menerima surat tentang pelaksanaan penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah daripada LPM.
KSPA JPN
6.19 Menghantar surat tentang pelaksanaan penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ke sekolah.
KPP BPP / KS SPP
6.20 Memaklumkan pelaksanaan penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah kepada pentaksir.
Pg
6.21 Mengenal pasti guru-guru untuk dilantik sebagai Pentaksir.
KPP/ KS SPP
6.22 Melantik Ketua Pentaksir Negeri (KPN) dan Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
KPP/ KU SPP
6.23 Menyediakan surat pelantikan KPN dn KPKw Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
KPP/ KU SPP
6.24 Menyediakan jadual penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah berdasarkan jadual Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh sekolah.
KPP/ KU SPP
6.25 Menghantar jadual penyelarasan dan senarai nama penyelaras ke sekolah.
KPP/KU SPP
6.26 Menerima jadual penyelarasan dan senarai nama penyelaras daripada JPN.
Pg
6.27 Menerima surat pelantikan penyelaras Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan jadual penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
KPN & PKw
6.28 Menyemak jadual penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan memberi maklum balas kepada JPN jika perlu.
KPN & PKw
6.29 Memaklumkan kepada Pengetua tentang tugas dan jadual penyelarasan.
KPN & PKw
6.30 Mengadakan taklimat penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan mengedarkan bahan penyelarasan peringkat pusat.
KPP UPSPM
6.31 Menghadiri taklimat penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
KPN & PKw
6.32 Memberi taklimat dan menyelaraskan skema pemarkahan penyelaras.
Peg MP
6.33 Membuat persiapan untuk melaksanakan tugas penyelarasan.
KPN & PKw
Semasa Penyelarasan
6.34 Melawat sekolah yang dijadualkan untuk diselaraskan.
PKw
6.35 Mendapatkan Borang Markah Individu Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Borang Pentaksir Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan jadual Pentaksiran Berasaskan Sekolah daripada pentadbir.
PKw
6.36 Mendapatkan maklumat dan status terkini pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah daripada pentaksir.
PKw
6.37 Memilih 10 sampel yang mewakili tiga kategori skor; 3 skor tinggi (T), 4 skor sederhana (S) dan 3 skor rendah (R).
PKw
6.38 Menilai dan memberi markah/skor sampel berkenaan.
PKw
6.39 Membandingkan markah/skor penyelarasan dengan skor pentaksir.
PKw
6.40 Membina graf perbandingan secara mewujudkan graf regresi untuk mendapatkan penyesuaian graf lurus terbaik jika terdapat perbezaan.
PKw
6.41 Menyelaraskan semua markah/skor bagi calon sekolah berkenaan jika perlu.
PKw
6.42 Mengesahkan markah/skor yang telah diselaraskan.
Pg
6.43 Memberi maklum balas kepada pentaksir tentang penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang telah dijalankan.
PKw
Selepas Penyelarasan
6.44 Melengkapkan dan menghantar Borang Penyelarasan kepada JPN.
PKw
6.45 Menerima Borang Penyelarasan daripada KPKw.
KPN
6.46 Meneliti Borang Penyelarasan dan mengambil tindakan susulan jika perlu.
KPN
6.47 Menyediakan dan menghantar laporan penyelarasan ke Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK).
KPN
6.48 Menerima laporan penyelarasan daripada KPN.
KPK
6.49 Menerima maklum balas terkini daripada KPN dan mengambil tindakan susulan jika perlu.
KPK
6.50 Merumuskan laporan penyelarasan dan memberi maklum balas ke LPM.
KPK